Takaful Perlindungan Komprehensif Kereta Etiqa

Di Azhar Auto Myeg, kami menyediakan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan termasuk insurans kenderaan. Perkhidmatan insurans kami buat masa ini adalah Etiqa Takaful untuk 1st party sahaja. Pada zaman sekarang, kereta menjadi kenderaan yang penting untuk kita. Kita menggunakan kereta untuk pelbagai tujuan. Sekiranya malang menimpa, Takaful Perlindungan Komprehensif Kereta Etiqa akan memastikan setiap tuntutan dapat diselesaikan secepat yang mungkin agar anda dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa sebarang halangan.

Insurans Perlindungan Komprehensif Kereta Etiqa


Apakah yang dilindungi di bawah Takaful Perlindungan Komprehensif Kereta Etiqa?

A. Kehilangan atau Kerosakan pada kenderaan anda, dalam keadaan:
  • Perlanggaran jika disebabkan oleh kemalangan atau kerosakan mekanikal atau tahap normal haus dan lusuhnya sesebuah kereta.
  • Objek Yang Terjatuh melainkan disebabkan oleh banjir, ribut atau malapetaka semulajadi.
  • Kebakaran, Letupan, Atau Disambar Petir.
  • Rompakan, Pecah Kereta Atau Kecurian.
  • Perbuatan Jahat.
  • Apabila Di Dalam Transit (termasuk memenuhi muatan atau mengosongkan muatan) di atas jalan raya, rel atau jalan air.


*Liabiliti pihak ketiga bagi :-
  • Kematian atau Kecederaan tubuh kepada pihak ketiga.
  • Kerosakan kepada harta benda pihak ketiga oleh kereta anda.
  • Kos Perundangan yang dikenakan sehingga had sebanyak RM2,000.


Apakah yang Tidak Dilindungi Di Bawah Seksyen "Kehilangan atau Kerosakan pada kenderaan anda"?
  • Kerugian Turutan seperti kehilangan pendapatan akibat perlanggaran.
  • Kehilangan Kegunaan Kereta.
  • Susut Nilai, Haus dan Lusuh Normal Kereta.
  • Kerosakan Tayar Kereta Anda melainkan kereta anda rosak pada masa yang sama.
  • Jumlah Lebihan yang dinyatakan pada jadula polis anda.


Apakah yang Tidak Dilindungi di Bawah Seksyen "Liabiliti Pihak Ketiga"?
  • Kematian atau kecederaan tubuh pada mana-mana penumpang yang dibawa untuk upah/ganjaran.
  • Kerosakan kepada mana-mana harta benda pihak ketiga di bawah pemilikan anda.
  • Liabiliti kepada mana-mana ahli keluarga anda.
  • Sebarang tuntutan atau tindakan undang-undang di luar Malaysia, Singapura, atau negara Brunei Darussalam.


Apakah Perlindungan Tambahan Di Bawah Polisi Ini?
  • Perlindungan Cermin Depan Kereta : Melindungi cermin kereta depan dan tingkap anda sekiranya berlaku keretakan/pecah.
  • Perlindungan Aksesori Tambahan : Melindungi aksesori kereta daripada kehilangan atau kerosakan. - (Diskaun Tanpa Tuntutan tidak akan terjejas dan sebarang lebihan di bawah polisi tidak akan dikenakan).
  • Perlindungan Pemandu Tambahan : Meliputi perlindungan takaful kepada nama tambahan pemandu.
  • Perlindungan Kerosakan Banjir : Melindungi kereta anda terhadap kerosakan kereta disebabkan oleh Banjir, Taufan, Hurikan atau Ribut Kencang.
  • Perlindungan Kemusnahan Awam : Melindungi kereta daripada kehilangan atau kerosakan disebabkan mogok, rusuhan atau kekecohan awam.
  • Liabiliti Penumpang Di Sisi Undang-Undang : Melindungi anda terhadap sebarang tindakan liabiliti undang-undang ke atas kelalaian yang dilakukan oleh penumpang anda.
  • Liabiliti Undang-Undang Kepada Penumpang : Melindungi kereta anda terhadap sebarang liabiliti undang-undang yang diambil terhadap anda oleh mana-mana penumpang anda. - (Perlindungan ini adalah wajib sekiranya anda memandu kereta anda di Singapura)


Apakah Perkara-Perkara Biasa Yang Tidak Boleh Diterima Untuk Membuat Sesuatu Tuntutan?

  • Pemandu yang diberi kuasa tidak mempunyai kelas lesen yang bersesuaian.
  • Kehilangan atau Kerosakan Disebabkan oleh pemanduan di bawah pengaruh dadah atau alkohol
  • Kehilangan atau kerosakan :-
    - Disebabkan oleh penggunaan kereta yang salah di sisi undang-undang oleh pemandu yang diberi kuasa.
    - Kereta yang disebabkan oleh Kemusnahan Awam.
    - Disebabkan oleh Banjir (melainkan polisi dilanjutkan).
    - Disebabkan daripada penggunaan di dalam sukan bermotor atau pertandingan (seperti ujian memanjat bukit, perlumbaan kereta).
    - Apabila kereta rosak dan ditinggalkan tanpa langkah-langkah pengawasan untuk menghalangnya daripada kerosakan yang lebih teruk.
    - Atau lianiliti yang berlaku di luar Malaysia, Singapura atau Negara Brunei Darussalam.


Adakah Pelan Ini Mempunyai Perkhidmatan Bantuan Kerosakan?
Ya. Semua pelanggan Takaful Perlindungan Komprehensif Kereta Etiqa mempunyai akses 24 jam untuk Auto Assist Etiqa. Ia menyediakan khidmat-khidmat seperti berikut :
  • Perkhidmatan Tundaan Kecemasan Kereta & Pembaikpulih Tepian Jalan 24 jam.
  • Bantuan pengangkutan alternatif.
  • Khidmat ke Pusat Servis.
  • Khidmat Pesanan Kecemasan untuk anda menghubungi keluarga dan orang tersayang jika berlakunya kemalangan.


Credit To : ETIQA MALAYSIA

Share on Google Plus

About MYEG BANGI

Servis pembaharuan cukai jalan dan insurans / takaful am. Hanya dengan 30 minit untuk pembaharuan roadtax dan insurans.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Myeg Services