APA ITU MYEG?


MY E.G. Services Berhad (“MYEG”) merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (“MSC”) Aplikasi Elektronik Kerajaan (“E-Kerajaan”) Malaysia. MYEG membina, menjalankan, dan memiliki saluran electronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.


Gelombang pertama yang dilaksanakan pada awal tahun (2000 – 2010) membabitkan kategori Kerajaan kepada Rakyat (“G2C”) dan kategori Penyelesaian Kerajaan/Enterprise (“GES”). Sejak 5 tahun yang lalu, MYEG telah melabur di dalam dan memperkenalkan teknologi generasi akan datang berdasarkan penyelesaian The Internet of Things (“IoT”). Kami percaya bahawa pelaksanaan IoT digabungkan dengan analisis data akan membawa perubahan ketara kepada keseluruhan kualiti hidup kita. Persekitaran kita akan semakin menjangka keperluan kita berbanding dengan bertindak balas kepada tindakan kita.


Penyelesaian IoT yang diperkenalkan oleh MYEG di peringkat kebangsaan adalah untuk pertama kalinya di dunia. 


Share on Google Plus

About MYEG BANGI

Servis pembaharuan cukai jalan dan insurans / takaful am. Hanya dengan 30 minit untuk pembaharuan roadtax dan insurans.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Myeg Services