Roadtax Mati Lebih Setahun | Apa Tindakan Yang Perlu Dilakukan?

Seringkali kami menerima pertanyaan berkenaan cukai jalan/roadtax kenderaan yang telah mati melebihi tempoh setahun dan apakah tindakan susulan yang perlu dilakukan selepas itu. Apabila cukai jalan kenderaan anda telah tamat tempoh melebihi satu tahun, walaupun hanya lebih 1 hari dari tempoh tersebut, anda perlu membawa kenderaan anda ke Puspakom untuk pemeriksaan semula




Apakah Bentuk Pemeriksaan Semula Yang Dilakukan Oleh Puspakom?
  • Pemeriksaan yang dijalankan ialah Pemeriksaan Khas Lesen Kenderaan Tamat Lebih Satu Tahun. Dokumen yang diperlukan hanyalah Kad Pendaftaran Kenderaan (geran) sahaja.
  • Setelah lulus pemeriksaan, satu keputusan yang dipanggil B2 akan dikeluarkan. Anda hanya perlu membawa geran kenderaan, keputusan B2 dan Insuran kenderaan ke JPJ atau wakil Myeg berhampiran untuk memperbaharui cukai jalan/roadtax kenderaan anda.



Untuk Langkah Keselamatan Sebelum Membawa Kenderaan Anda Ke Puspakom, Anda Perlu :-
  • Bawa geran kenderaan anda ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan, dan mohon 'One Day Permit' (ODP) / 'Permit Satu Hari' - Permit ini hanya membenarkan anda membawa kenderaan anda dari rumah atau alamat yang disertakan ke Puspakom yang ingin anda pergi.
  • Keperluan mendapatkan permit ini adalah untuk mengelakkan anda dari dikenakan saman apabila bertembung dnegan pihak polis atau JPJ. Permit ini hanya dikeluarkan untuk kenderaan yang roadtaxnya telah mati lebih dari setahun.



*NOTA : Sebelum membawa kenderaan anda ke Puspakom untuk pemeriksaan, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang memuaskan. Pemeriksaan secara menyeluruh akan dilakukan ke atas kenderaan anda oleh pihak Puspakom. Semua spesifikasi asal kenderaan perlu dikekalkan. Anda juga boleh memilih untuk mengambil Insuran Perlindungan Kenderaan terlebih dahulu atau membawa kenderaan anda terus ke Puspakom untuk pemeriksaan.  


Credit Info To : InfoLayan




Share on Google Plus

About MYEG BANGI

Servis pembaharuan cukai jalan dan insurans / takaful am. Hanya dengan 30 minit untuk pembaharuan roadtax dan insurans.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Myeg Services