Ketahui Maksud Terma-Terma Penting Insurans


Selalu anda dengar perkataan sum insured, over insured, under insured, excess dan NCD apabila membuat insurans kenderaan. Tetapi tahukan anda apakah maksud setiap terma-terma tersebut? Hari ini kami akan kongsikan sedikit info berkenaan maksud setiap terma di atas untuk pemahaman anda. 
Image Source Credit To Google

Maksud Terma-Terma Penting Insurans
  • Sum Insured bermaksud jumlah perlindungan kenderaan anda.

  • Over Insured bermaksud terlebih perlindungan kenderaan.
    - Jika sekiranya terjadi sesuatu kemalangan atau kecurian, syarikat insuran cuma akan membayar anda mengikut harga pasaran kenderaan.

    *NOTE : Ingat! Walaupun anda membayar lebih untuk insurans perlindungan anda, pihak insurans tetap hanya akan membayar tuntutan anda mengikut harga pasaran kenderaan jika sekiranya berlaku sesuatu kemalangan atau malapetaka. Dengan kata lain, premium kenderaan yang anda bayar lebih itu hanyalah sia-sia sahaja.

  • Under Insured bermaksud perlindungan kenderaan yang rendah atau kurang daripada yang sepatutnya.
    - Memang ramai kawan-kawan anda akan beri nasihat supaya ambil jummlah perlindungan yang kurang. Tetapi suka kami ingatkan di sini, jika sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kecurian, anda akan mengalami kerugian besar kerana perlindungan yang diambil tidak mencukupi dan insurans tidak dapat membuat pembayaran penuh untuk tuntutan anda.
  • Excess pula bermaksud lebihan yang perlu dibayar oleh anda.
    - Ia biasanya dikira pada kadar 1% daripada jumlah perlindungan. Contohnya jika jumlah perlindungan anda adalah RM20,000 maka lebihan anda adalah RM200 (1% daripada RM20,000). Oleh itu jika ada tuntutan sebanyak RM2,000, syarikat insuran hanya akan membayar RM1,800 sahaja dan anda perlu membuat pembayaran tambahan sebanyak RM200 sendiri.

  • NCD  adalah singkatan untuk No Claim Discount.
    - Ia adalah diskaun yang diberi kepada pemegang polisi insuran kenderaan semasa pembaharuan insuran jika tiada tuntutan dibuat selama 12 bulan. Diskaun yang diberi adalah berdasarkan kadar tetap yang disediakan oleh

  • Loading adalah caj tambahan atas umur kenderaan dan umur pemandu.



Sekian perkongsian kami untuk hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua. 



Credit Info To : MyRoadtax.Com




Share on Google Plus

About MYEG BANGI

Servis pembaharuan cukai jalan dan insurans / takaful am. Hanya dengan 30 minit untuk pembaharuan roadtax dan insurans.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Myeg Services