Kepentingan Mempunyai Insurans Perlindungan Kenderaan

Ramai yang beranggapan insurans perlindungan kenderaan hanya membebankan pengguna kerana terpaksa membuat pembayaran tambahan sebelum dapat memperbaharui cukai jalan (roadtax) kenderaan meraka. Tetapi ia sebenarnya membantu mengurangkan bebanan anda jika sekiranya kenderaan anda terlibat dalam sesuatu kemalangan atau kerosakan yang melibatkan kos pembaikan yang besar. Insurans perlindungan kenderaan diperlukan untuk membuat pembayaran kos pembaikan kenderaan tersebut.


Apakah Kepentingan Mempunyai Insurans Perlindungan Kenderaan?

Insurans kenderaan adalah satu bentuk sekuriti yang disediakan oleh pihak insurans kepada pemilik atau pemandu kenderaan terhadap sebarang kemungkinan tuntutan kerosakan dan / atau kerugian akibat pemanduan kenderaan di atas jalanraya.


Mempunyai perlindungan insurans kenderaan dapat meringankan beban kewangan apabila berlakunya sesuatu kemalangan atau kecurian terhadap kenderaan anda. Lebih penting lagi, ianya turut melindungi anda dari menjadi mangsa kepada pemandu lain yang berbahaya.

Image Source Credit To Google

Mengapa Perlu Beli Insurans Kenderaan?

Setiap pemandu di Malaysia, di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah dimestikan membeli insurans kenderaan. Sekurang-kurangnya Insurans Perlindungan Pihak Ketiga (3rd party).


Di Malaysia, kadar premium insurans kenderaan ditetapkan dan dikawal oleh Bank Negara. Ini bermakna, untuk pakej atau perlindungan tertentu, premiumnya adalah sama walaupun anda memilih syarikat insurans yang berlainan. Kos sesetengah pakej insurans kenderaan mungkin sedikit mahal, tetapi anda mempunyai banyak opsyen yang boleh dipilih bergantung kepada jenis dan liputan perlindungan yang diingini mengikut bajet anda.



Credit Info To : IMoney.My




Share on Google Plus

About MYEG BANGI

Servis pembaharuan cukai jalan dan insurans / takaful am. Hanya dengan 30 minit untuk pembaharuan roadtax dan insurans.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Myeg Services