Perlu Tak Renew Road Tax & Insurans / Takaful Kereta & Motosikal Dalam Tempoh PKP?

PKP ROAD TAX & INSURANCE RENEWAL

Perlu tak renew road tax & insurans / takaful kereta & motosikal dalam tempoh PKP?

- Perlu kalau kenderaan tersebut digunakan.

- Tak perlu kalau tak pakai kereta/motosikal. Simpan wang anda untuk keguaan yang lebih penting seperti disarankan oleh kerajaan.


Kerajaan cakap tak payah renew? Agen nak kaut untung ye??

- Kemalangan / kecelakaan tetap boleh berlaku walaupun dalam tempoh PKP.

- Tak ada insurans / takaful, bermaksud tak ada pihak yang akan tanggung kerugian jika terjadi kemalangan / kebakaran / dicuri.

Terpulang kepada anda jika anda sanggup mengambil risiko.


Road tax kereta...

- Tak payah renew roadtax kalau ada masalah kewangan. Insurans / takaful tetap perlu renew.

- Lagi bagus renew insurans / takaful & roadtax sekaligus.


JPJ tutup, macam mana nak renew road tax kereta?

- Dalam tempoh PKP, sistem pembaharuan cukai jalan (roadtax) hanya dibuka kepada MYEG. Jadi tak ada isu tak boleh renew roadtax kereta.

- Walaubagaimanapun, jika ada kekangan kewangan, beli insurans / takaful dahulu & road tax boleh diperbaharui selepas tamat tempoh PKP dalam masa 30 hari.


Motosikal macam mana?

- Cuma renew insurans.

- Roadtax boleh diperbaharui selepas tamat tempoh PKP dalam masa 30 hari.

- Tak boleh renew roadtax di Myeg.  


Kalau tak renew roadtax & insurans pada tarikh yang sama, nanti tak jadi masalah?

- Sehingga artikel ini ditulis, adalah difahamkan roadtax akan hidup mengikut tarikh insurans / takaful dihidupkan.

Contoh:
Beli insurans / takaful pada 11/4/2020.
Renew roadtax selepas tamat tempoh PKP katalah pada 29/4/2020.
Tarikh kuatkuasa roadtax (1 tahun) adalah pada 11/4/2020 - 10/4/2021.


MASALAH
Lambakan / kesesakan luar biasa di JPJ selepas tamat tempoh PKP dijangka berlaku. Tak pasal-pasal pulak wujud kluster JPJ…

PENYELESAIAN
Renew roadtax kereta dalam tempoh PKP. Hubungi agen anda. Tak perlu tunggu sampai tempoh PKP tamat.


Dari tadi suruh renew, nak renew kat mana ni? Ofis agen insurans / takaful / myeg semua tutup…

- Boleh hubungi agen insurans / takaful anda seperti tahun lepas. Kami akan uruskan insurans / takaful & roadtax anda secara online. Roadtax kereta akan dihantar oleh runner.

- Boleh urus sendiri menerusi laman web Myeg. Tapi tak salah kalau support business insurans/takaful Makcik / Pakcik Kiah dengan berurusan dengan mereka. 

Support sikitlah kawan!



SEKIAN,
MAKCIK KIAH
AZHAR AUTO MYEG

0172437572





*Untuk maklumat lanjut & terkini, sila layari laman web JPJ Malaysia.
*Imej diambil daripada FB JPJ


Share on Google Plus

About MYEG BANGI

Servis pembaharuan cukai jalan dan insurans / takaful am. Hanya dengan 30 minit untuk pembaharuan roadtax dan insurans.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Myeg Services